KEUTAMAAN PENGHAFAL QURAN (HAFIDZ) |
Ditulis oleh Ahmad Zainuddin, Lc | |
Kamis, 18 Juni 2009 14:57 | |
Allah telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di bawah.
1.MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Dari
Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya
Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri dari manusia." Kemudian Anas
berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai
Rasulullah. Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca
atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga
Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
"Dari
Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda;
Diakhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan, "Bacalah dan naiklah
kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya
dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga
berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."
3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w "Dari Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,"
4.MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w "Dari Abu
Musa Al Asya'ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang Islam
yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak
berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran
tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil."
5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SEKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
" Dari Abdullah Bin Mas'ud ra. Dari nabi s.a.w. baginda bersabda: " bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal al-quran.
Sesungguhanya
Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan
aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia
bergembira."
6.MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
"Dari
Ibnu Mas'ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; "yang menjadi
imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al
Quran."
7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang dari orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian
nabi s.a.w. bertanya, "dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal
Al Quran?" apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah
satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang
lahad."
8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Ali
Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapamembaca Al
Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan
memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana
mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."
9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Abu
Hurairah ra.dari nabi s.a.w. baginda bersabda: "orang yang hafal Al
Quran nanti pada hari kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata;
"Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka
orang tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:
"Wahai
Tuhan tambahlah pakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian
kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi, "Wahai Tuhan, redailah dia."
Maka kepadanya di katakan; "Bacalah dan naiklah." Dan untuk setiap ayat,
ia di beri tambahan satu kebajikan."
10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKAL YANG PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari jabir
bin nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya kamu
tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling
baik daripada sesuatu yang berasal dari-Nya yaitu Al Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Buraidah
Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w
bersabda: "Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya
ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud
seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya: "Apakah anda
mengenalku?".
Penghafal
tadi menjawab; "saya tidak mengenal kamu." Al Quran berkata; "saya
adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang
panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap
pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada
hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di
beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya,
serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang
tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat di
bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu
bertanya: "kenapa kami di beri dengan pakaian begini?". Kemudian di
jawab, "kerana anakmu hafal Al Quran."
Kemudian
kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan, "bacalah dan naiklah
ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya." Maka ia pun terus naik
selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)
12.AKAN MENEMPATI TINGKATAN TERTINGGI DI DALAM SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Sisyah
ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah
tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka
tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan
yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.
Semoga dengan memahami hal ini, kita semua bisa lebih terpacu untuk bisa menghafal Al Qur’an setiap harinya, semampu kita.
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar