Beberapa Hukum Berkaitan Keguguran
Hukum-Hukum
Berkaitan Dengan Wanita Yang Keguguran
Sekiranya keguguran terjadi tatkala janin masih berbentuk zigote sebelum 40 hari, atau masih berbentuk embrio ( pada 40 hari kedua ), maka wajib bagi wanita tersebut untuk mengenakan pembalut (yang dapat menahan keluarnya darah mengenai pakaian ), karana Nabi shalallahu ‘alaihi wasalam memerintahkan Asma binti Umair untuk mengenakan pembalut tatkala melahirkan di Dzil Hulaifah. ( HR Muslim ).
Sekiranya janin belum membentuk rupa manusia belum (meskipun hanya samar seperti mulai membentuk perut, kaki atau kepala), maka wanita tersebut dihukumi seperti hukum yang sebelumnya. Wanita tersebut boleh sholat, puasa ataupun bergaul dengan suaminya. Dia tidak diwajibkan mengulangi wudhunya setiap kali hendak mengerjakan solat kecuali sekiranya ada perkara-perkara lain yang membatalkan wudhunya.
Dalam situasi yan lain, sekiranya keguguran terjadi setelah hari ke-80, dan tidak diketahui apakah janin sudah berbentuk manusia atau belum, maka wanita tersebut boleh mengambil perkiran berikut:

Wanita tersebut juga wajib
untuk tetap melaksanakan solat dan berpuasa jika ia sedang berpuasa,
serta harus bagi suami untuk menggaulinya. Darah yang keluar dengan
sebab keguguran pada tempoh ini lebih dekat hukumnya menurut pandangan
sebahagian ahli ilmu; bahwa darah tersebut tidak membatalkan wudhu dan
tidak wajib baginya untuk mengulangi wudhunya di setiap solat, kecuali
sekiranya terdapat perkara-perkara yang lain yang menyebabkan batalnya
wudhu’ tersebut.
Manakala keguguran yang
berlaku setelah hari ke-80, maka wanita tersebut wajib untuk memastikan;
apakah janin tersebut sudah mula membentuk rupa manusia ataupun belum
(meskipun hanya samar seperti mulai membentuk perut, kaki atau kepala).
Kepastian tersebut boleh diperolehi dengan bertanya kepada doktor yang
terpercaya (Thiqah).
Sekiranya janin belum membentuk rupa manusia belum (meskipun hanya samar seperti mulai membentuk perut, kaki atau kepala), maka wanita tersebut dihukumi seperti hukum yang sebelumnya. Wanita tersebut boleh sholat, puasa ataupun bergaul dengan suaminya. Dia tidak diwajibkan mengulangi wudhunya setiap kali hendak mengerjakan solat kecuali sekiranya ada perkara-perkara lain yang membatalkan wudhunya.
Sekiranya janin sudah mulai membentuk manusia meskipun
hanya samar seperti telah ada bentuk kaki, tangan atau kepala, maka
wanita tersebut dihukumi dengan hukum nifas. Maka dia tidak boleh
menuanaikan solat, puasa ataupun bergaul dengan suaminya, hingga darah
nifasnya berhenti, atau keluar cairan kekuning-kuningan atau cairan
keruh, atau sudah mencapai hari ke-40 dari pendarahan. Apabila sudah
mencapai hari ke-40 ini, maka wanita tersebut perlu mandi, dan
kemudiannya boleh untuk menunaikan solat, puasa dan suami juga boleh
mencampurinya.
Dalam situasi yan lain, sekiranya keguguran terjadi setelah hari ke-80, dan tidak diketahui apakah janin sudah berbentuk manusia atau belum, maka wanita tersebut boleh mengambil perkiran berikut:
i)
Apabila keguguran setelah hari ke 90, maka dia dihukumi dengan hukum
nifas. Maka dia tidak boleh menunaikan solat, puasa dan tidak boleh
bercampur dengan suaminya hingga darah berhenti, atau keluar cairan
kekuning-kuningan atau keruh, atau mencapai hari ke-40 dari pendarahan.
Jika telah mencapai hari ke-40, maka wanita tersebut perlu mandi, dan
boleh menunaikan solat, berpuasa, dan bercampur dengan suaminya.
ii) Apabila keguguran tersebut belum mencapai usia 90 hari kehamilan, dan tidak diketahui apakah janin sudah berbentuk manusia atau belum, maka hendaklah wanita tersebut mengenakan pembalut untuk mencegah keluarnya darah dari mengenai pakaiannya. Ia boleh menunaikan solat, puasa dan boleh bercampur dengan suaminya. Darah yang keluar darinya tidak membatalkan wudhu dan tidak wajib mengulang wudhunya setiap hendak menunaikan solat kecuali ada perkara-perkara lain yang membatalkan wudhunya.
Wallah ‘Alam.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar