محمد نور توفيق

محمد نور توفيق
إِنَّ الْحَمْدَ لِلّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُYAA MUQOLLIBAL QULUUB TSABBIT QOLBII 'ALAA DIINIKA "WAHAI YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI, TEGUHKAN HATIKU PADA AGAMA-MU" Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya, kita meminta pertolongan kepada-Nya, kita meminta ampunan kepada-Nya dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung kepada Allah dari kejelekan diri kita dan dari keburukan amal-amal kita. Barang siapa yang diberi petunjuk Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barang siapa yang disesatkan maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang benar selain Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, semoga shalawat dan salam senantiasa tercurah kepada beliau, keluarganya, para sahabatnya, dan seluruh pengikut mereka yang setia hingga akhir masa. Amma ba’du. http://shohibulummah.blogspot.com/ facebook : muhammadnurtaufiq@rocketmail.

Rabu, 08 Desember 2010

Hukum Bunuh Diri Di Dalam Islam


Hukum Bunuh Diri Di Dalam Islam

Kamus Dewan telah mendifinasikan perkataan bunuh diri sebagai perbuatan mengambil nyawa sendiri dengan sengaja. Di dalam Bahasa Arab perbuatan ini dinamakan sebagai al-Intihar, iaitu perbuatan sengaja dari individu untuk menamatkakan hayat kehidupannya.

Perbuatan membunuh diri ini merupakan salah satu dosa besar dan dia akan diazab di akhirat kelak nanti sebagaimana cara dia membunuh dirinya di dunia. Daripada Abu Hurairah radiyallah ‘anhu bahawa baginda nabi sallalh ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya”(HR al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain Thabit bin Dhahak meriwayatkan bahawa Rasulullah sallah ‘alaihi wasallam pernah bersabda yang bermaksud:

‘Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat’
(HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Jundub bin Abdillah r.a katanya Nabi s.a.w. bersabda:

Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang mengalami kecederaan, lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Perbuatan ini asalnya tidaklah mengeluarkan diri seseorang itu dari agama atau murtad, melainkan jika dia menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad. Dia dianggap melakukan dosa besar, di mana perhitungan amalannya tersebut diserahkan kepada Allah, sekiranya Dia kehendaki maka diampun atau diazabnya.

Secara umum kebanyakan para ulama berpendapat bahawa disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri.(Pendapat ini disandarkan kepada al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie). Manakala sebahagian yang lain berpendapat bahawa tidak disembahyangkan ke atasnya kerana kemaksiatannya, dan ini merupakan pendapat Umar bin Abd Aziz dan al-Auza’i.

Maka oleh itu sebahagian ulama berpendapat bahawa para ahli ilmu atau ulama wajar untuk mencontohi baginda dalam hal ini. Perkara ini adalah berdasarkan dari sebuah hadis bahawa didatangkan kepada Nabi s.a.w jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim). Walaubagaimanapun kebanyakan ulama memberi komentar tentang hadith ini bahawa baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh sahabat.

Namun kita wajar untuk memohon rahmat dan keampunan Allah s.w.t untuk keseluruhan kaum Muslimin. Wallah A’lam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar