Nyawa kurniaan
Allah hanya satu, bukan dua atau lebih. Kematian yang paling baik ialah
Syahid di Jalan Allah. Kerja yang paling baik ialah bekerja dan berjihad
di Jalan Dakwah. Kepuasan dan kejayaan hakiki seseorang ialah apabila
dia berjaya bekerja dan mati sebaiknya. Sesiapa
yang menyangka bahawa perjuangan menegakkan dan memantapkan Daulah bagi
Islam melalui jalan selain yang ditunjukkan Rasulullah saw dalam Seerah
dan Hadisnya, selain cara yang disebut Allah dalam KitabNya maka samada
dia tidak akan berjaya mencapainya atau dia berjaya menduduki
singgahsana bukan di atas erti Daulah yang dimaksudkan. Dalam kedua-dua
hal, dia tersasar.
Hakikatnya, Jihad adalah satu amal yang difardhukan Allah dan RasulNya hingga ke Hari Kiamat. FirmanNya bermaksud, “Diwajibkan
kamu berperang, sedang kamu tidak menyukainya. Mungkin kamu tidak suka
sesuatu sedang ia baik untuk kamu. Mungkin kamu suka sesuatu sedang ia
buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Quran). Jihad inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya bermaksud, “Sesiapa
yang mati, sedang dia tidak pernah berperang atau dia tidak pernah
berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian jahiliyah” (Hadis Sahih).
Tidakkah
cukup peperangan demi peperangan yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah
saw dan para Sahabat ra dihayat Baginda saw menggambarkan perihal
kepentingan Jihad dan kemuliaan Syahid? Tidakkah cukup sejarah manusia
yang dipenuhi peperangan dan kezaliman menuntut umat Islam bersedia
dengan kekuatan apa sahaja yang mereka sanggupi demi kedaulatan Agama
yang benar lagi tercinta ini? Tidakkah cukup penjajahan Timur dan Barat
ke atas Kashmir, Palestin, Gaza dll membuka mata dan memberi pengajaran?
Allah
mewajibkan Jihad ke atas tiap muslim, tiada alasan untuk mengelak
darinya. Allah swt menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada para
Mujahideen dan Syuhadak, tidak akan memperolehi ganjaran tersebut selain
mereka. Tidak akan mencapai derajat mereka selain orang-orang yang
melalui jalan mereka. Allah swt menjadikan darah-darah mereka yang suci
sebagai deposit pembayaran harga kemenangan Islam di dunia dan kejayaan
abadi di Akhirat. Allah swt mengancam keras mereka yang tidak keluar
berjihad, lepak, pengecut, menjanjikan mereka kehinaan di dunia dan azab
di Akhirat yang tidak dapat ditebus walau dengan emas segunung Uhud dan
menjadikan lari dari medan (al-firar) pertempuran termasuk 7 dosa besar
yang membinasakan.
Dari
beberapa hadis dibawah, lihatlah betapa hebat penerangan mengenainya,
kuatnya ruh yang dibangkitkannya untuk mereka yang benar dan jujur dalam
hidup yang sementara ini.
Dari Abi Hurairah ra mendengar Nabi saw bersabda maksudnya, “Demi
Tuhan yang nyawaku ditanganNya, kalaulah tidak ada mereka yang sedih
kerana tak dapat bersamaku dalam Jihad, aku tak dapat memberi
kelengkapan perang kepada mereka, nescaya aku tidak akan ketinggalan
menganggotai sariya (kumpulan perang) berperang di jalan Allah. Demi
Tuhan yang nyawaku ditanganNya, aku sungguh ingin dibunuh dijalan Allah,
kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian aku dihidupkan,
kemudian aku dibunuh, kemudian dihidupkan, kemudian dibunuh” (Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Maksud
hadis diatas, adakalanya Nabi saw tidak keluar berperang, bukan kerana
takut, tetapi kerana menra’ikan sebahagian Sahabat ra yang tinggal di
Madinah, tak dapat sertai perang tersebut kerana terlalu miskin, tiada
kelengkapan dan ada ketahap Daulah sendiri telah kehabisan kelengkapan
untuk mereka keluar berjihad. Hakikatnya Nabi saw dan para Sahabat
tersebut sangat ingin berjihad dan mendapat syahid.
Dari
Ummu Harithah binti Suraqah ra, dia mendatangi Rasulullah saw untuk
bertanya tentang anaknya yang syahid di Badar akibat panah sesat,
jika Haritah di Syurga, dia akan bersabar. Jika sebaliknya, dia akan
bersungguh menangis. Jawab Rasulullah saw bermaksud, “Wahai Ummu
Harithah, sesungguhnya balasan baginya ialah taman-taman di Syurga.
Sesungguhnya anakmu mendapat Firdaus yang tertinggi”(Hadis riwayat Al-Bukhari).
Dari Abdullah bin Abi Awfa ra bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud,“Ketahuilah kamu bahawa Syurga itu dibawah naungan pedang-pedang” (Hadis riwayat Abu Daud).
Sabda Baginda saw bermaksud, “Seorang
yang berjihad di Jalan Allah seperti seorang yang berpuasa, bersolat
yang khusyuk dengan bacaan Al-Quran dalam solatnya, tidak putus puasa
dan solatnya sehingga orang yang berjihad tadi pulang dari jihadnya” (Hadis riwayat Abu Daud).
Ummu Khallad bertanya Rasulullah saw tentang anaknya yang syahid di Jalan Allah. Sabda Baginda saw bermaksud, “Bagi anakmu pahala 2 orang syahid .. kerana dia dibunuh oleh Ahlul Kitab” (Hadis riwayat Abu Daud).
Seorang
sahabat lalu di satu lembah permai lagi dibelahi mataair yang sedap
airnya. Dia berkata, “Apa kata aku mengasingkan diri dari manusia dan
aku tinggal di lembah ini”. Berita ini sampai kepada Rasulullah saw lalu
bersabda bermaksud,“Jangan buat seperti itu. Sesungguhnya
berada kamu di Jihad di Jalan Allah lebih afdhal dari solat di rumahnya
selama 70 tahun. Tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa-dosa kamu
dan memasukkan kamu ke dalam Syurga? (Oleh itu) berperanglah kamu di
Jalan Allah. Sesiapa yang berperang dijalan Allah di atas untanya, wajib
dia mendapat Syurga” (Hadis riwayat At-Tirmizi).
Dari Al-Miqdam bin Ma’ad Yakram berkata, sabda Rasulullah saw bermaksud, “Bagi
seorang syahid di sisi Allah mendapat 6 kelebihan, (i) diampun
dosa-dosanya sebaik ditikam, (ii) diperlihatkan tempatnya di Syurga,
(iii) diselamatkan dari azab kubur, (iv) diamankan dari Goncangan Besar,
(v) dipakaikan tengkolok dari permata yang lebih hebat dari seisi dunia
dengan dikahwinkan dengan 72 isteri dari Hurul Ain (bidadari Syurga),
(vi) disyafaatkan 70 orang dari kaum kerabatnya”(Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah).
“Sesungguhnya
umat yang tahu cara mati yang terbaik, yang tahu bagaimana untuk mati
dengan kematian yang mulia, akan dikurniakan Allah kehidupan yang agung
di dunia dan nikmat yang kekal di Akhirat. Tidaklah mendung yang
meliputi kita hari ini melainkan kerana cinta dunia dan takutkan mati.
Persiapkanlah diri kamu untuk suatu tugas yang besar. Bersungguh
melengkapkan diri untuk mati, nescaya Allah mengurniakan kamu kehidupan.
Ketahuilah bahawa mati itu pasti. Ia pula hanya sekali. Jika kamu
jadikan mati itu di Jalan Allah, maka untukmu keuntungan di dunia dan
pahala di Akhirat. Tidak akan menimpa kamu melainkan apa yang telah
ditentukan Allah ke atas kamu” … “Bekerjalah untuk kematian yang mulia,
nescaya kamu akan berjaya dengan kebahgiaan sepenuhnya. Moga Allah
mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati Syahid di JalanNya”.
(Hasan Al-Banna)
Anda mungkin juga meminati:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar