Perihal Nabi Khidir a.s.Bukhari, Ibn al-Mandah,
Abu Bakar al-Arabi, Abu Ya’la, Ibn al-Farra’, Ibrahim al-Harbi dan
lain-lain berpendapat, Nabi Khidir a.s. tidak lagi hidup dengan
jasadnya, ia telah wafat. Yang masih tetap hidup adalah ruhnya saja,
iaitu sebagaimana firman Allah:
وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِن مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ
“Kami tidak menjadikan seorang pun sebelum engkau (hai Nabi), hidup kekal abadi.” (al-Anbiya’: 34)
Hadith marfu’ dari Ibn Umar dan Jabir (r.a.) menyatakan:
“Setelah lewat seratus tahun, tidak seorang pun yang sekarang masih hidup di muka bumi.”
Ibn al-Šalah, al-Tsa’labi, Imam al-Nawawi, al-Hafiz Ibn Hajar
al-Asqalani dan kaum Sufi pada umumnya; demikian juga jumhurul-‘ulama’
dan ahl al-šalah (orang-orang saleh), semua berpendapat, bahawa Nabi
Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya, ia akan meninggal dunia sebagai
manusia pada akhir zaman. Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari
menyanggah pendapat orang-orang yang menganggap Nabi Khidir a.s. telah
wafat, dan mengungkapkan makna hadith yang tersebut di atas, iaitu
huraian yang menekankan, bahawa Nabi Khidir a.s. masih hidup sebagai
manusia. Ia manusia makhsus (dikhususkan Allah), tidak termasuk dalam
pengertian hadith di atas.
Mengenai itu kami berpendapat:
1. Kekal bererti tidak terkena
kematian. Kalau Nabi Khidir a.s. dinyatakan masih hidup, pada suatu saat
ia pasti akan wafat. Dalam hal itu, ia tidak termasuk dalam pengertian
ayat al-Qur’an yang tersebut di atas selagi ia akan wafat pada suatu
saat.
2. Kalimat ‘di muka bumi’ yang terdapat dalam hadith tersebut,
bermaksud adalah menurut ukuran yang dikenal orang Arab pada masa itu
(dahulu kala) mengenai hidupnya seorang manusia di dunia. Dengan
demikian maka Nabi Khidir a.s. dan bumi tempat hidupnya tidak termasuk
‘bumi’ yang disebut dalam hadith di atas, kerana ‘bumi’ tempat hidupnya
tidak dikenal orang-orang Arab.
3. Yang dimaksud dalam hal itu ialah
generasi Rasulullah s.a.w. terpisah sangat jauh dari masa hidupnya Nabi
Khidir a.s. Demikian menurut pendapat Ibn Umar, iaitu tidak akan ada
seorang pun yang mendengar bahawa Nabi Khidir a.s. wafat setelah usianya
lewat seratus tahun. Hal itu terbukti dari wafatnya seorang bernama Abu
al-Thifl Amir, satu-satunya orang yang masih hidup setelah seratus
tahun sejak adanya kisah tentang Nabi Khidir a.s.
4. Apa yang
dimaksud ‘yang masih hidup’ dalam hadith tersebut ialah: tidak ada
seorang pun dari kalian yang pernah melihatnya atau mengenalnya. Itu
memang benar juga.
5. Ada pula yang mengatakan, bahawa yang dimaksud
kalimat tersebut (yang masih hidup) ialah menurut keumuman (ghalib) yang
berlaku sebagai kebiasaaan. Menurut kebiasaan amat sedikit jumlah orang
yang masih hidup mencapai usia seratus tahun. Jika ada, jumlah mereka
sangat sedikit dan menyimpang dari kaedah kebiasaaan; seperti yang ada
di kalangan orang-orang Kurdistan, orang-orang Afghanistan, orang-orang
India dan orang-orang dari penduduk Eropah Timur.
Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya atau dengan jasad yang baru.
Dari
semua pendapat tersebut, dapat disimpulkan: Nabi Khidir a.s. masih
hidup dengan jasad dan ruhnya, itu tidak terlalu jauh dari kemungkinan
sebenarnya. Tegasnya, Nabi Khidir a.s masih hidup; atau, ia masih hidup
hanya dengan ruhnya, mengingat kekhususan sifatnya.
Ruhnya lepas meninggalkan Alam Barzakh berkeliling di alam dunia
dengan jasadnya yang baru (mutajassidah). Itupun tidak terlalu jauh dari
kemungkinan sebenarnya. Dengan demikian maka pendapat yang menganggap
Nabi Khidir a.s. masih hidup atau telah wafat, berkesimpulan sama;
iaitu: Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya sebagai manusia,
atau, hidup dengan jasad ruhi (ruhani). Jadi, soal kemungkinan bertemu
dengan Nabi Khidir a.s. atau melihatnya adalah benar sebenar-benarnya.
Semua riwayat mengenai Nabi Khidir a.s. yang menjadi pembicaraan
ahlullah (orang-orang bertaqwa dan dekat dengan Allah S.W.T.) adalah
kenyataan yang benar terjadi.
Silakan lihat kitab Ušul al-Wušul karya Imam al-Ustaz Muhammad Zaki
Ibrahim, Jilid I, Bab: Kisah Khidir Bainas-Šufiyah Wa al-‘Ulama’.
Dipetik dengan sedikit perubahan dari al-Hamid al-Husaini, al-Bayan
al-Syafi Fi Mafahimil Khilafiyah; Liku-liku Bid‘ah dan Masalah
Khilafiyah (Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd, 1998, m.s. 488).
Bediuzzaman Said Nursi di dalam Maktubat, al-Maktub al-Awwal, dari koleksi Rasail al-Nur.
Nursi menjawab satu soalan…adakah Sayyidina Khidr masih hidup?
Nursi menjawab ya…kerana ‘hayah’ itu 5 peringkat. Nabi Khidr di peringkat kedua.
5 Peringkat ‘hayah’ itu ialah:
1. Kehidupan kita sekarang yang banyak terikat pada masa dan tempat.
2.
Kehidupan Sayyidina Khidr dan Sayyidina Ilyas. Mereka mempunyai sedikit
kebebasan dari ikatan seperti kita. Mereka boleh berada di byak tempat
dalam satu masa. boleh makan dan minum bila mereka mahu. Para Awliya’dan
ahli kasyaf telah meriwayatkan secara mutawatir akan wujudnya ‘hayah’
di peringkat ini. Sehingga di dalam maqam ‘walayah’ ada dinamakan maqam
Khidr.
3.Peringkat ketiga ni seperti kehidupan Nabi Idris dan Nabi
Isa. Nursi kata, peringkat ini kehidupan nurani yang menghampiri hayah
malaikat.
4.Peringkat ni pula…ialah kehidupan para syuhada’. Mereka
tidak mati, tetapi mereka hidup seperti disebut dalam al-Qur’an. Ustaz
Nursi sendiri pernah musyahadah peringkat kehidupan ini.
5.Dan yang ni Hayah atau kehidupan rohani sekalian ahli kubur yang meninggal
Wallahhua’lam. Subhanaka la ‘ilma lana innaka antal ‘alimul hakim
Tidak ada komentar:
Posting Komentar