Haji Wada' atau haji perpisahan adalah ibadah haji terakhir yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sebelum akhirnya ia wafat.
Kisah Wahyu Terakhir Kepada Rasulullah s.a.w. Oleh sp4n4r
"Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah
waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji
penghabisan [Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika
ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas peneri-maannya
untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau
pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad,
sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka
terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga
apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan
beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu
dengan kamu."
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun
berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah s.a.w.
mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun
menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s..
Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira
sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu,
maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah
lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis
dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para
sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu
Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah
membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu
berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan
dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: "Wahai para
sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu,
tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka
akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut
bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan
dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi men-jadi janda."
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah
mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis
dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat
yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa
yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya
Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami
men-dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah
beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para
sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas
beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka
Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya:
"Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali
r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan
turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah
ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang
dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku
meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w.,
maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan,
sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat
yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga
gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing
dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut
menangis.
Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi
satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami
hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada
pula yang mengatakan beliau hidlip sehingga 50 hari selepas turunnya
ayat terscbut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari
ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyu-ruh Bilal
azan untuk mengerjakan salat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar
di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan salat
dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan salat
beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Alharndulillah,
wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus
dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini
adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua
seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak
untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya
dituntut di hari kiamat."
Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah
seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi
ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan
kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal
ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya
bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari
belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan
supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat
dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu
saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu
sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."
Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja
memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.:
"Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke
mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil
meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah
menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun mem-beri salam
dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata:
"Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah
diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat
beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku
minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w.
telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a.
lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk
menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan
Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut,
maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.
Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a.
maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang
demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil
berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi
kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar
kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau
berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, dudukiah kamu berdua sesungguhnya Allah
s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a.
bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa
berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan
janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasultillah s.a.w.
berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah
menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah,
bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w.,
kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah
s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya RasuluUali s.a.w. pun berkata:
"Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w.
"Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian
'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu
saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju,
sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang
hadir.
Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia
pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya
Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan
begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan
oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari
neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:
"Dengarlah kamu sekali-an, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga,
inilah orangnya."
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka
terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun
berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu,
engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah
s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka
beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau
berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu
semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada
Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari
perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula
saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di
syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku,
Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah
menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku
sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain
yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu
letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu
kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan
mensalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan mensalat aku
ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat
Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para
pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bersalat
ke atasku."
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat
hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata:
"Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami
dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam
penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami.
Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya
setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:
"Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang
benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua
dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi
diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu
ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu,
maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan
sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil
pengajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah
s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari
dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan
bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari
Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat,
setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke
rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah
s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya
rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih
sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan
dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami
kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi
ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi,
kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan
baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini
semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan salat subuh
berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata
Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil
meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik
sahaja Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu
Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar
kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia
jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid,
sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah
apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan
kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah
s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w.
bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah
Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersalat subuh
bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai salat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun her-kata:
"Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam perto-longan dan
pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah
s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan
meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama
aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."
Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. punpulang ke rumah
beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai
lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan
apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan
cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka
minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka
masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka
hendaklah kamu kembali padaku."
Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t.
maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi.
Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka
ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma
danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu
semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan
saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun
berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab
sakitnya yang semakin berat."
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan
kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah
di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada
seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa
anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan
tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah
s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?."
Jawab Fadmah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang
akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan
perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta
mera-maikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air malanya lagi
setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan
berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasullillah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka
beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah
orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian
Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat
lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau
datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat
lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut
rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan
kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu
tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit
dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."
Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat
kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan
Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah
kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang
tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku
kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah s.w.t." Berkata Jibril
a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat
bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah
dibuka, dan kesemua para bida-dari sudah berhias menanti kehadiran
rohmu."
Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula
tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah
s.w.t. telah berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang
semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih
dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu
memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas
hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:
"Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."
Setelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya
sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril,
alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari
Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan
telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai
Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata:
"Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala
kamu dalam sakaratul maut?"
Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah
sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar
kamu semua menjaga salat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke
atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika
menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau
sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah
s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.
bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad,
sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang
gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat
untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut
maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi
batu."
لِسَانُ الْحَالِ أَفْصَحُ مِنْ لِسَانِ الْمَقَالِ
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar