Panduan
Mukmin
NASIHAT
RASULULLAH S.A.W. KEPADA ABU SA'ID AL-KHUDRY
Di
antara khutbah-khutbah Baginda yang panjang yang masih diingat
Abu Sa'id Al-Khudry ialah: 'Sesungguhnya dunia ini tak ubahnya
tanaman hijau yang manis dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu
semua penguasa di sana. Dia memandang bagaimana kamu berbuat.
Ingat, takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita.
Ingatlah!
Tak ada yang mencegah seseorang kerana kebesaranNya untuk mengatakan
yang benar bila ia benar-benar sudah mengetahuinya.
Ingatlah!
Sesungguhnya Bani Adam telah diciptakan atas beberapa tingkatan
yang berbeza-beza. Di antara mereka ada yang dilahirkan
dalam keadaan mukmin, hidup dalam keadaan mukmin dan mati dalam
keadaan mukmin. Di antara mereka ada yang dilahirkan dalam
keadaan mukmin, hidup dalam keadaan mukmin dan mati dalam keadaan
kafir. Di antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan
kafir, hidup dalam keadaan kafir dan mati dalam keadaan mukmin.
Di antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan kafir, hidup
dalam keadaan kafir dan mati dalam keadaan kafir.
Ingatlah!
Di antara mereka ada yang tidak cepat marah dan cepat menguasai
diri. Ada yang cepat marah dan cepat menguasai diri.
Ada pula yang tidak cepat marah dan tidak cepat menguasai diri.
Yang ini berbeza dengan yang itu. Ingatlah! Di antara
mereka ada yang tidak cepat menguasai diri, cepat marah.
Ingatlah, yang terbaik dari mereka ialah yang tidak cepat marah
tetapi cepat menguasai diri. Dan yang paling jelek dan antara
mereka ialah cepat marah, namun tidak cepat menguasai diri.
Ingatlah!
Di antara mereka ada yang baik dalam membei dan meminta.
Ada yang jelek dalam memberi, baik dalam meminta. Ada pula
di antaramereka yang baik dalam meminta dan baik dalam memberi.
Yang ini berbeza dengan yang itu. Ingatlah, di antara mereka
ada yang buruk dalam memberi, buruk pula dalam meminta.
Ingatlah, yang paling baik di antara mereka adalah yang baik dalam
memberi dan baik pula dalam meminta. Dan yang paling jelek
di antara mereka adalah yang buruk dalam memberi, dan buruk dalam
meminta. Ingatlah! Sesungguhnya kemarahan itu adalah
bara di dalam hati Bani Adam. Bagaimana kalau kamu melihat
kedua matanya yang memarahi dan urat lehernya yang menegang?
Barangsiapa merasakan hal itu hendaklah ia menempel ke tanah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar